Saturday, May 19, 2012

Focus A

Apakah Program Focus “A”

Focus "A" adalah program e-pembelajaran yang telah dihasilkan oleh para guru yang berkelayakan beserta dengan integrasi internet dan mengikut sistem pembelajaran di Malaysia. Ia adalah satu penyelesaian pada kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dan ibu bapa. Para pelajar juga boleh menilai dan alami sendiri kebolehan mereka dan keberkesanannya dalam program Focus “A” ini.

Selepas mengikuti program ini, para pelajar akan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan penuh yakin dan mendapat keputusan yang cemerlang. Dengan mendaftar sebagai ahli dan pengguna program Focus “A” akan adanya interaksi antara ibu bapa dan anak. Ibu bapa boleh memantau penilaian pembelajaran anak mereka dengan mengakses “Web Report Card” & SMS pada bila-bila masa 24 jam sehari, 365 hari setahun dan di mana jua mereka berada.
Kunci untuk mencapai gred yang baik adalah pada kaedah “input & output learning” – keupayaan untuk menyerap, memahami dan mempraktikkan apa yang pelajar telah kaji dan belajar. Untuk berjaya, anak anda perlu mempraktikkan kaedah “input & output learning”. “input learning” adalah proses berkesan untuk membaca, belajar, menghafal dan mendengar.” output learning” pula adalah cara untuk mempraktikkan apa yang telah di pelajari.

Kami telah melabur berjuta-juta ringgit dalam menghasilkan “tool” yang berkualiti tinggi di dalam program e-pembelajaran ini yang juga direka khas oleh pakar-pakar IT untuk penyesuaian dan seiring dengan kurikulum sekolah di Malaysia dan mendapat kelulusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Kami juga bersedia membantu anak anda untuk persiapan bagi menduduki perperiksaan dan melepasi segala rintangan dengan melengkapkan mereka untuk menjadi seorang pelajar yang sentiasa bersedia dan peka dengan peperiksaan.
Program ini akan memanfaatkan anak anda dengan metologi pembelajaran yang terdiri daripada input, output, suara latar (Voice Over), pembelajaran “live” secara online dan sesi forum untuk pelajar. Apabila tibanya hari peperiksaan, anak anda akan dapat menjalani dan menempuh segala cabaran dengan penuh yakin dan boleh mendapat “straight A+”

No comments:

Post a Comment